Tuesday, February 23, 2010

Rahmatan lil alamin....

RASULULLAH CONTOH TERBAIK UMMAH

Bismillahirrahmanirrahiim.
Segala puji bagi ALLAH SWT, yang telah menganugerahkan nikmat yang melimpah dan tidak terhitung jumlahnya. Selawat serta salam semoga tetap tercurah kehadrat Nabi MUHAMMAD SAW yang telah memandu umat Baginda kepada agama yang lurus dan diredhai ALLAH.

RasuluLLAH SAW memberi syafa'at khusus terhadap umat islam, dan umat2 terdahulu yang memegang agama ALLAH.
Sabda RasuluLLAH SAW: "Syafa'atku kelak pada hari kiamat adalah benar (haq atau ada).Barang siapa yang tidak mempercayainya,maka ia bukan ahlinya."

Maksud dari "ia Bukan Ahlinya" ialah mereka yang tidak memperoleh syafa'at. Kalau tidak percaya bererti ia tidak memperolehnya. Ada hadits lain yg menjelaskan: "syafa'atku untuk orang2 yg berdosa besar yg mahu bertaubat"
Apabila yg tidak berdosa besar atau selalu melakukan amal soleh selama hidup di dunia. Mereka akan memperoleh jaminan syafa'at lebih besar, baik syafa'at RasuluLLAH SAW untuk umatnya atau yang dijanjikan Allah Ta'ala yang disebut dengan "Naungan 'Arsy".

Ada 7 golongan yang memperoleh syafa'at atau memperoleh Naungan A'rsy pada hari yg tidak ada nauangan ialah hari penantian dipadang Mahsyar yg menyesengsarakan. Dalam Sabda RasuluLLAH SAW:
"Ada 7 (golongan manusia) dimana ALLAH Ta'ala akan menaunginya dalam nanunganNYA iaitu:
1).Pemimpin yang adil,
2).Pemuda yang selalu taat kepada ALLAH,
3).Lelaki yg selalu condong ke masjid,
4).Dua orang yg saling kasih sayang karana ALLAH Ta'ala,
5).Dua orang yg bertemu dan berpisah kerana ALLAH Ta'ala,
6).Lelaki yg selalu berzikir (ingat) kepada ALLAH Ta'ala,
7).Lelaki yang mengeluarkan shadaqah dengan sembunyi2,iaitu tangan kanan memberi dan yang kiri tidak mengetahui."

Mereka diantara golongan yg memperoleh pertolongan pd hari kiamat. Pemimpin atau imam tidak terbatas kepada seorang pemimpin negara atau organisasi kemasyarakatan sahaja, bahkan seorang ayah juga adalah pemimpin kepada keluarga  iaitu untuk anak dan isterinya.
Kemudian Maksud kenapa diambil istilah "lelaki" dalam setiap contoh diatas kerana Lelaki itu adalah "Qawwaamuna A'lan nissa' : lelaki itu pemimpin wanita,ertinya Bawahanpun ikut masuk didalamnya.

Buat pengguna facebook atau  yg membaca blog ini yg sudah mempunyai isteri hendaklah berlaku adil terhadap isteri2 kalian dan kepada para isteri patuhilah suami2 kalian, dan saya mengajak diri saya juga teman2 semua... marilah belajar menjadi imam untuk diri sendiri dan untuk wanita, lihatlah CONTOH lelaki yg menjadi imam dunia dan akhirat yang membawa RAHMAT ke seluruh alam dan hanya Baginda yang dapat memberi Syafa'at kepada ummah iaitu RASULULLAH SAW....semoga  tulisan ini bermanfaat kepada kita semua ...AMIN